Pertandingan MLBB Peringkat Negeri Johor : Session 3
2 November 2025 | Aktiviti TerkiniSelaras dengan Program Perkhidmatan Pintar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (MCMC) terhadap NADI seluruh Malaysia. NADI x E-Sukan merupakan salah satu program yang berada dibawah cabang perkhidmatan pintar ini. Oleh itu, Pihak NADI x E-sukan akan mengadakan pertandingan Mobile Legend Bang Bang (MLBB) sesi ke-3 bagi tahun 2025. Pada 01 November 2025, NADI Felda Taib Andak telah mengadakan pertandingan MLBB bagi peringkat Negeri Johor yang berlangsung secara atas talian.
Pertandingan ini dijalankan di NADI Felda Taib Andak dengan penyertaan sebanyak 1 kumpulan yang bertanding terdiri daripada 6 orang pemain mewakili pasukan NADI Felda Taib Andak. Selain itu, taklimat kesedaran E-Sukan turut ditayangkan sebelum pertandingan bermula. Selain itu juga, pemeriksaan kesihatan juga turut dijalankan kepada setiap pemain sepanjang sesi pertandingan berlangsung.
Pertandingan MLBB ini berlangsung dengan meriah dan pertarungan yang sangat hebat diantara kumpulan yang menyertai. Progam ini bertujuan untuk memupuk minat komuniti dan pelajar dalam dunia E-Sukan dimana mereka boleh mendapatkan manfaat dalam bidang ini. Serta dapat membuka peluang kerjaya kepada mereka dimasa akan datang. Selain itu dapat membantu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara NADI dan penduduk setempat. Diharapkan program seumpama ini dapat diadakan di masa akan datang dengan lebih meriah lagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: